SEJARAH SEKOLAH
Berdiri megah di pinggir bukit dikelilingi flora dan fauna yang menghijau jauh dari kesibukan kota, Sekolah RTP Bt Goh sering mengamit mata memandang. Reka bentuk bangunannya agak unik dan memiliki nilai-nilai estetika yang tinggi ini, diilhamkan secara moden dan diberi sedikit sentuhan berunsur tradisional menjadikan sekolah ini dilihat persis sebuah resort di puncak bukit. Persekitaran yang tenang dan landskap yang indah menghijau dengan kicauan beburung menyebabkan adanya rasa terpanggil untuk belajar dengan penuh rasa keseronokan. Tambahan pula ia dihuni oleh warga pelajar, pendidik dan pentadbir yang ramah dan mesra.
Kedudukannya yang strategik di tepi jalan utama ke perkampungan Pak Ngah Aziz banyak memberi kemudahan kepada warga setempat. sejauh 21 kilometer dari Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang Darul Makmur. Lokasi dan pelan pembinaan sekolah ini amat teratur dan tersusun rapi serta bersistematik. Terdiri daripada empat blok bangunan setinggi tiga tingkat yang saling berhubung, serta dua blok bangunan setingkat, kantin, dan padang. Ianya juga dilengkapi dengan prasarana pembelajaran yang lengkap dan kondusif serta memberangsangkan. Berkapasiti 24 bilik darjah, pejabat, bilik guru, pusat sumber, makmal sains, makmal bahasa, bilik kemahiran hidup, bilik muzik, galeri seni, kedai buku, dewan terbuka, setor pendidikan jasmani, setor sukan, bilik pendidikan khas, tiga bilik Pra sekolah, bilik pemulihan khas, dua bilik persalinan (L/P), sebuah makmal komputer, serta sebuah surau. Di bahagian tepi hadapan bangunan sekolah terdapat sebuah padang untuk aktiviti sukan, permainan dan PJK. Terdapat binaan gajah menyusur sepanjang jalan masuk untuk laluan murid pergi dan balik sekolah. Bangunan sekolah di cat dengan kombinasi warna lembut dan garang menimbulkan keharmonian sesuai dengan suasana keliling yang kehijauan. Kebersihan kawasan luar dan kawasan sekitar sekolah dijaga dengan bersih dan rapi oleh pekerja sekolah setiap hari.
Sk RTP Bukit Goh merupakan salah sebuah sekolah baru di Daerah Kuantan. Ia di buka pada 7 Jan 2002. Pada awalnya sessi persekolahan menumpang di Sk Kampong Padang, Kuantan selama 7 bulan sementara menunggu bangunan yang siap di bina menggunakan konsep “ Design & Build “ siap. Pada 1 ogos 2002, barulah mereka menggunakan bangunan yang siap di bina. Detik bersejarah tercatat pada 7 jan 2002 di mana pada hari pertama persekolahan di sekolah RTP Bt Goh bermula. Pada masa itu seramai 121 orang murid telah mendaftar sebagai warga RTP Bt Goh bermula dari tahun satu hingga lima sahaja. Sebuah kelas pemulihan juga telah di wujudkan. Sehingga hari ini jumlah murid telah meningkat kepada 871 orang iaitu seramai 449 murid lelaki dan 422 murid perempuan. Majoriti murid-murid berbangsa Melayu dan beragama Islam namun terdapat juga 12 (11 India & 1 Kadazan) orang murid yang bukan beragama Islam. Situasi ini berlaku mungkin kerana ia terletak di perkampungan yang persekitarannya terdiri daripada orang Melayu. Kebanyakan murid datang dari kampung yang berdekatan iaitu Kampung RTP Bt Goh, Taman Padang Perdana,Taman Impian, Indera Mahkota dan taman-taman perumahan di sekitar sekolah.
Pelbagai persediaan dibuat bagi memulakan sessi persekolahan iaitu sejak akhir tahun 2001 lagi. Pada masa itu sebelas orang guru dan seorang kerani telah memikul tanggungjawab dengan cemerlangnya bagi merealisasikan Sk RTP Bukit Goh. Tanggal 01.01.2002, En Hassan Louis bin zainal dengan rasminya dilantik sebagai Guru Besar SK RTP Bukit Goh. Beliau dibantu oleh Puan Noriah bt Abdul Manaf yang di lantik sebagai Guru Penolong Kanan 1. Pn Siti Robiah bt Ismail pula di lantik sebagai GPK HEM. Bagi melengkapkan struktur pentadbiran, En Yazid bin Mohamad di pertanggungjawabkan sebagai GPK Ko-Kurikulum. Yang Di Pertua PIBG pula telah di berikan mandat kepada En Abdul Aziz bin Awang Kecil, salah seorang AJK kampung yang aktif dan disegani di kampung ini.
Kini Sk RTP Bukit Goh makin berubah wajah. Pada usia yang menginjak sembilan tahun, sekolah ini dilihat semakin menunjukkan peningkatan yang membanggakan dalam bidang akademik maupun Kokurikulum. Dengan keceriaan persekitaran sekolah hasil keprihatinan pemimpin sekolah telah menyerlahkan lagi Sk RTP BT Goh. Dalam bidang kurikulum juga tidak dapat di sangkalkan. Peningkatan peratusan 5 A dalam UPSR tahun demi tahun amat membangakan seluruh warga sekolah. Bidang Ko Kurikulum juga tidak ketinggalan. Sk RTP Bukit Goh telah mencipta hatrik kejayaan apabila tiga tahun berturut-turut mengungguli saingan dalam kejohanan Bola Baling (MSSM) peringkat daerah Kuantan.
Sehingga ke hari ini, SK RTP Bukit Goh telah berada di bawah pimpinan lima orang Guru Besar iaitu:
Jan 2002 - 01.09.2003 : En Hassan Louis bin Zainal
01.10.03 - 01.10.2004 : Tn Hj Mat Yunus bin Yusof
01.10.04 - 20.12.2007 : En Zulkiflee bin Jusoh
20.12.07 - 30.12.2010 : Tn Hj Jamlos bin Baba
03.01.11 - Sekarang : Puan Wan Gayah binti Ali
Pada akhir tahun 2010, Sk RTP Bukit Goh telah di bekalkan dengan sebuah bangunan baru khusus untuk Pra sekolah. Bangunan Pra ini di jangkakan akan siap dan memulakan sessi pembelajarannya pada Mac 2011. Di harapkan dengan segala prasarana yang wujud di Sk RTP Bukit Goh akan mampu meningkatkan lagi tahap kecemerlangan di kalangan warganya. Lahirnya warga Sk RTP Bukit Goh yang berkaliber ke persada dunia hari ini adalah jerit perih para guru dan pentadbiran yang jitu, padu dan unggul.
LOKASI
MOTO
Berilmu, Berwawasan, Beriman
LENCANA SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
Damainya terasa anggun ceria
Tersentuh dalam jiwa
Umpama di Syurga
Sekolah tercinta
Bersatu setia kita semua
Sebagai bunga bangsa
Harapan pertiwi
Pewaris ibunda
Berwawasan dan beramal
Beriman pada yang Esa
Budi guru tulus mesra
Idolah kita semua
Berjanji kita
Kepada ayah bonda
Buktikan impian
Dikenyataan
Lagu dan lirik :
En Hassan Louis Bin Zainal
GB SK RTP Bukit Goh 2002
VISI
Cemerlang dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah menjelang 2015
MISI
Bersama memperbaiki dan memantapkan P&P dan sahsiah diri sebagai persediaan menghadapi sebarang cabaran dan dapat menghasilkan anak didik yang boleh bersaing hebat merebut setiap peluang untuk mencapai impian meraih kejayaan dan seterusnya memperolehi kesejahteraan.
PIAGAM PELANGGAN
Berusaha mempastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara dan Pengisian Wawasan Pendidikan untuk mengisi keperluan Wawasan 2020, berteraskan agama, budaya, bangsa dan kemajuan teknologi terkini.
Bilik Guru
Dewan Terbuka
Surau
Sudut Anti Dadah
Kantin Sekolah
Bilik Pendidikan Khas
Bilik Gerakan
Bilik Muzik
PSS
Bilik Tayangan
Bilik JQAF