Saturday, January 29, 2011

Pelancaran Program Mentor Mentee Dan Perlantikan Pengawas

Pada 24 Januari 2011 (Isnin) berlangsungnya majlis Pelancaran Program Mentor Mentee Fasa 1 dimana sebahagian murid yang perlu diberi lebih perhatian dalam bidang akademik telah dipilih. Mentor mereka adlaah terdiri dari beberapa orang guru yang pakar dalam bidang ini.
Penyerahan watikah perlantikan pengawas yang terdiri dari pengawas sekolah, pengawas PSS, pengawas SPBT serta ketua darjah dan penolong ketua darjah juga telah diadaka pada hari ini.




Saturday, January 8, 2011

Guru Bertugas

Guru Bertugas bagi tempoh 10 Januari hingga 14 Januari
1. Ustazah Faridah Bt. Mahadi
2. Pn. Fadilah Bt. Abdullah

Minggu Transisi Murid Tahun 1

Minggu Transisi Murid Tahun 1 2011 telah dapat dijalankan dengan jayanya. Majlis penutupan telah diadakan pada 7 januari 2011 oleh Puan Guru Besar, Pn. Wan Gayah Bt. Ali. Diharapkan murid-murid ini akan lebih semangat dan selesa melangkah kaki ke tahun satu dengan adanya program ini.

Monday, January 3, 2011

Sesi persekolahan 2011 bermula

Sesi persekolahan 2011 telah bermula. Sekolah kembali ceria dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selamat kembali ke sekolah, selamat belajar kepada semua murid, selamat menjalankan tugas kepada semua guru. Tahniah SKRTPBG diatas penganugerahan Anugerah Emas, semoga terus cemerlang.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

Selamat menyambut tahun baru 2011, tanpa kita sedari 2010 telah meninggalkan kita. Banyak perkara yang perlu kita lihat ditahun 2010 untuk kita jadikan panduan bagi tahun 2011 ini. Semoga kita menjadi orang yang lebih baik dari tahun 2010.