Saturday, February 12, 2011

Kejohanan Badminton SK RTP Bukit Goh 2011

12 Febuari 2011 - Pada hari ini berlangsung perlawanan badminton anjuran kelab guru sekolah. Seramai sepuluh pasukan yang terdiri dari guru-guru SK RTP Bukit goh dan beberapa orang guru dari sekolah lain (bagi melengkapkan regu) telah mengambil bahagian. Perlawanan berlangsung di Dewan Taman Impian bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir lebih kurang 4.00 petang. Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar yang turut sama hadir dan menyampaikan hadiah. Tahniah kepada Tuan Haji Basri dan rakan yang telah muncul sebagai juara. Setakat ini belum ada apa-apa piala pusingan tapi hadiah yang dapat kira berbaloi jugalah....



Motivasi Bersama Dr. Shahabudin

7 Febuari 2011 - Program Motivasi bersama dengan Dr. Shahabudin telah diadakan bertempat di PSS sekolah. Program ini disasarkan kepada murid tahun 6 dan tahun 5 dalam persiapan menghadapi UPSR khususnya bagi murid tahun 6. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada rombongan Dr. Shahabudin diatas program yang diberikan secara percuma ini. Terima kasih daun keladi....tahun depan bolehlah lagi.

Wednesday, February 2, 2011

Aktiviti KOKO

2 Febuari 2011 - Aktiviti KOKO bermula, perjumpaan murid tahap 2 diadakan bagi memilih JK yang baru bagi semua kelab dan persatuan. Manakala murid tahap 1 diuji kepekaan mereka terhadap pakaian seragam unit berunifom. Mereka dikehendaki mewarna baju unit berunifom dengan warna yang sepatutnya. Sebanyak 20 hadiah telah disediakan untuk pertandingan ini. Terima kasih kepada puan Guru Besar diatas tajaan hadiah. Inilah aksi-aksi mereka sepanjang program dijalankan.